Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pelajar SASER tanam 500 pokok
diterbitkan pada 16 February 2023

Seramai 280 pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) telah menanam 500 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) di pesisir pantai berhampiran Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Jimah Port Dickson pada 16 Februari 2023.

Program penanaman pokok ini diadakan sempena Program Cinta Alam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Negeri Sembilan 2023 anjuran bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan melalui Persatuan Belia Dinamik Barat Seremban.

Majlis program tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Mohamad Taufek Abd. Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir, Saleh Awaludin, Pengarah JPNS; Sahak Ahmadun, Pengetua SASER; dan Norizan Hairan, Pengerusi Kumpulan Ibubapa Pelajar Tingkat Satu SASER (SASERANA) 2022/2026.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my