Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNS agih pokok, sambut Hari Bumi peringkat Negeri Sembilan
diterbitkan pada 11 March 2023

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) telah mengagihkan 100 anak-anak pokok kepada pengunjung dan masyarakat setempat sepanjang pameran sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 pada 11 Mac 2023.

Program anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan di Dataran Kampung Pachitan, Port Dickson tersebut dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Turut hadir, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan negeri tersebut.

JPNS mempromosikan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok kepada pengunjung di pameran tersebut melalui hebahan kaedah memuat turun, pendaftaran dan penggunaan aplikasi Penghijauan Malaysia.

Spesies-spesies yang diedarkan terdiri daripada pokok nadir bacang (Mangifera foetida), melinjau (Gnetum gnemon), asam gelugor (Garcinia atroviridis), keriang dot (Syzygium cumini), jambu bol (Syzygium malaccense), petai (Parkia speciosa), sentul (Sandoricum koetjape), kerdas (Archidendron bubalinum), kasai (Pometia pinnata) dan salam (Syzygium polyanthum).

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my