Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNM tanam 10,000 pokok sempena Raptor Watch 2023
diterbitkan pada 11 March 2023

Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) telah melaksanakan aktiviti penanaman 10,000 pokok bakau (Rhizophora spp.) di persisiran Pantai Cermin, Tanjung Tuan sempena Program Memerhati Burung Pemangsa (Raptor Watch) pada 11-12 Mac 2023.

Lebih 100 peserta telah menyertai aktiviti penanaman pokok yang bertujuan meningkatkan regenerasi dirian bakau yang terosot akibat tumpahan minyak pada 2020 serta menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Raptor Watch di Taman Eko Rimba (TER) Tanjung Tuan, Melaka yang dihadiri 3,200 peserta dalam dan luar negara dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka serta sokongan JPNM, Jabatan PERHILITAN Negeri Melaka, Pejabat Laut Negeri Melaka dan Polis Diraja Malaysia.

Ia dirasmikan oleh YB Rosli Abdullah, ADUN Kuala Linggi. Turut hadir, Putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, YAM Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz.

Aktiviti lain yang dianjurkan sempena program termasuk,

• pembersihan puing laut (marine debris) di sekitar Pantai Cermin

• pameran-pameran pendidikan dan jualan oleh pelbagai agensi

• 'Forests Walks', 'Marine Walks', pertandingan melukis dan mencari harta karun

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my