Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Cawangan Perhutanan Bandar FRIM tanam pokok di Jalan Kapur
diterbitkan pada 17 March 2023

Cawangan Perhutanan Bandar (UF) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Jalan Kapur, FRIM pada 17 Mac 2023 sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa.

Aktiviti bawah inisiatif 'UF-Go Green' ini disertai disertai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM, Dr Noor Azlin Yahya. Turut hadir, Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar, Ahmad Azaruddin Mohd Noor; dan Ketua Cawangan Perhutanan Bandar, Dr Ahmad Nazarudin Mohd Roseli.

Bersama staf UF yang lain, mereka menanam tujuh pokok avokado (Persea americana) bagi menyokong kepada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Inisiatif 'UF-Go Green' ini juga bertujuan menggantikan pokok- pokok yang mati atau tumbang di sepanjang jalan-jalan utama FRIM.

Sumber: FRIM

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my