Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Ahli APFORGEN tanam pokok, rai ulang tahun ke-20
diterbitkan pada 16 March 2023

Ahli-ahli Asia Pacific Forest Genetic Resources Programme (APFORGEN) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Bidor (SPF Bidor), Perak pada 16 Mac 2023 sempena sambutan ulang tahun ke-20 pertubuhan tersebut.

Rombongan yang terdiri daripada 30 wakil and penyelaras dari 14 negara disambut oleh penyelaras SPF Bidor, Dr Ho Wai Mun yang memberikan taklimat mengenai stesen tersebut.

Mereka menanam 20 pokok resak air (Vatica umbonata), belian (Eusideroxylon zwageri), keladan (Dryobalanops oblongifolia), engkabang (Rubroshorea macrophylla) dan engkabang burung (Rubroshorea mecistopteryx) untuk menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

APFORGEN menyediakan platform unik bagi penyelidik dan pakar perhutanan di rantau ini untuk membangunkan serta berkongsi amalan terbaik dan keupayaan bagi pemuliharaan dan pengurusan lestari sumber genetik hutan dan pokok.

Lawatan tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada program Mesyuarat Kajian Semula Strategi APFORGEN yang diadakan pada 14-17 Mac 2023 di Kuala Lumpur.

Mesyuarat tersebut dianjurkan bersama oleh APFORGEN, Alliance of Bioversity International and CIAT serta Asia Pacific Association of Forestry Research Institutions (APAFRI); dengan sokongan UK Darwin Initiative, National Institute for Forest Science of the Republic of Korea, dan CGIAR Research Initiative on Nature-Positive Solutions.

Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan, juga Pengerusi APAFRI turut menyampaikan ucapan pada mesyuarat tersebut.

Pakar genetik hutan FRIM, Dr Lee Soon Leong, juga mewakili Institusi tersebut dalam webinar 'Organising Tree Seed Supply for National Forest and Landscape Restoration Targets: Experiences from Asia'.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my