Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Bahagian Sumber Manusia tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 13 March 2023

Bahagian Sumber Manusia Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Jalan Balau, FRIM pada 13 Mac 2023.

Aktiviti yang diketuai pengarah bahagian, Mohd Asmawee Ismail ini disertai 20 staf.

Mereka telah menanam 20 pokok spesies balau sengkawang air (Shorea sumatrana) yang disumbang oleh Tapak Semaian Utama, FRIM. Spesies daripada famili Dipterocarpaceae ini merupakan pokok besar setinggi 60 m dan menghasilkan kayu keras berat (heavy hardwood) yang bernilai tinggi.

Selain menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, aktiviti tersebut juga diadakan sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa yang diraikan pada 21 Mac setiap tahun.

Turut hadir, staf Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Samsol Bohari, Azman Ahmad dan Ahmad Firdaus Zainuddin.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my