Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pigeon Malaysia tanam pokok di FRIM sempena HHA2023
diterbitkan pada 11 March 2023

Pigeon Malaysia (Trading) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Penyelidikan Malaysia (FRIM), Kepong pada 11 Mac 2023.

Aktiviti ini dijalankan bersempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) yang disambut pada 21 Mac setiap tahun serta bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut disertai 47 staf yang diketuai pengarah urusan, Gouichi Koizumi.

Mereka disambut Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM yang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Menurut Gouichi, program sebegini amat penting bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan menanam pokok untuk tujuan penghijauan bumi dan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Mereka telah menanam 40 pokok yang terdiri daripada merawan siput jantan (Hopea odorata), keruing kertas (Dipterocarpus chartaceus) kasai (Pometia pinnata), durian (Durio zibethinus), balau sengkawang air (Shorea sumatrana), belian (Eusideroxylon zwageri), sentul paya (Sandoricum beccarianum), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata) and nyatoh taban merah (Palaquium gutta).

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my