Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Peserta Karnival Kuala Sat EcoFest 2023 terima sumbangan pokok
diterbitkan pada 11 March 2023

Wakil-wakil enam kampung yang menyertai Karnival Kuala Sat EcoFest 2023 telah menerima sumbangan 100 anak pokok daripada pihak penganjur pada 11 Mac 2023.

Karnival anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) ini diadakan di Kg. Kuala Sat, Hulu Tembeling, Pahang pada 11-12 Mac 2023.

Kampung yang terlibat merupakan Kg. Kuala Sat, Kg. Gusai, Kg. Mat Daling, Kg. Bantal, Kg. Pagi dan Kg. Kuala Tahan.

Aktiviti ini bertujuan menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Pokok-pokok sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM berkenaan terdiri daripada buah ajaib (Synsepalum dulcificum), perupok/ceri terengganu (Lepisanthes alata), machang (Mangifera foetida), cermai (Phyllanthus acidus), mata kucing sarawak (Dimocarpus longan var. malesianus), jambu jepun (Psidium cattleianum) dan beruas (Garcinia hombroniana).

Majlis perasmian karnival pada 12 Mac disempurnakan oleh YB Leong Yu Man, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Turut hadir, Khairulnizam Hashim, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa NRECC; Dr Mohd Rosli Haron, Pengarah Perancangan Penyelidikan FRIM; Kamarudin Ibrahim, Pengurus Besar Tourism Pahang; Afrah Ahmad Robangi, Ketua Penolong Pegawai, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut; Mohd Fharid Saidu, Pengarah MOTAC Negeri Pahang; Dato’ Idros Yahya, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman; dan Penghulu Mukim Hulu Tembeling Zarizal Zah Hamri.

Dif-dif jemputan juga menanam tujuh pokok sebagai acara simbolik bagi memperingati karnival ini.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my