Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Mitsubishi Motors Malaysia tanam pokok di HS Tanjung Burung
diterbitkan pada 25 February 2023

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) meneruskan komitmennya dalam menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan menanam 1,125 pokok bakau di Hutan Simpan (HS) Tanjung Burung, Pantai Remis, Perak pada 25 Februari 2023.

Sebelum ini, MMM telah menanam 50 pokok hutan di HS Sungai Puteh, Cheras, Kuala Lumpur pada 25 November 2021.

Aktiviti bawah program ‘Mitsubishi Motors Malaysia Trees for Future in Support of Malaysia's 100 Million Tree-Planting Campaign’ tersebut diadakan dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk).

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, "Inisiatif tersebut bertujuan memupuk serta membangunkan amalan hijau yang mampan untuk manfaat masyarakat seiring dengan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat dan misi 'Inspiring Lives Today for A Greater Tomorrow' MMM".

"MMM perlu mengambil usaha dan langkah tambahan bagi mengurangkan perubahan iklim serta pelepasan karbon dioksida dalam bidang perniagaan yang dijalankan," tambah beliau.

Seramai 70 sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pengedar sah MMM telah menanam pokok bakau daripada spesies bakau kurap (Rhizophora mucronata) dan bakau minyak (Rhizophora apiculata) pada program tersebut.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Silvikultur dan Biodiversiti JPNPk, Azmi Mohd Zain; Ketua Pegawai Operasi MMM, Ilham Helmi Izzat; Ketua Pegawai Kewangan MMM, Hidehiko Amano; dan Ketua Bahagian Pembangunan Projek YHM, Wan Muhammad Hazirim Wan Mustapha.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my