Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Bollore Logistics Malaysia, L'oreal Malaysia tanam 500 pokok di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang
diterbitkan pada 15 February 2023

Seramai 50 sukarelawan daripada Bollore Logistics Malaysia dan L'Oreal Malaysia telah menjayakan aktiviti penanaman 500 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Selangor pada 15 Februari 2023.

Penanaman pokok bakau bukan sahaja dapat mencegah hakisan pantai tetapi juga memulihara habitat semula jadi kawasan tersebut serta meningkatkan hasil sumber perikanan dan ekonomi penduduk setempat.

Aktiviti tersebut diadakan dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Komuniti Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang dalam usaha menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Ia juga merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kedua-dua syarikat yang terlibat untuk memastikan kelestarian dan pemuliharaan ekosistem alam sekitar terpelihara.

Turut hadir, Pengarah Operasi Malaysia-Singapura L'Oreal Malaysia, Geraldine Lee; Pengarah Urusan Bollore Logistics Malaysia, Harm Johan Emaus; Ketua Bahagian Pengurusan Projek YHM, Dr Rafidah Rashid; Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Malaysia-Singapore L'Oreal Malaysia; Finaswani Mohamed Zin; dan Pengerusi Komuniti Paya Bakau Sijangkang, Mohamad Suhaimi Sanusi.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my