Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pejabat Perhutanan Kudat tanam pokok bersama komuniti Kg. Ulu Kukut
diterbitkan pada 06 March 2023

Pejabat Perhutanan Wilayah Kudat, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dengan kerjasama Pejabat Perhutanan Daerah Kota Belud telah mengadakan aktiviti penanaman pokok bersama komuniti Kg. Ulu Kukut, Kota Belud pada 6 Mac 2023.

Aktiviti tersebut dilancarkan oleh Zainuden Jimbun, Pegawai Perhutanan Wilayah Kudat. Turut hadir, Maicrol Elang, Ketua Kg. Ulu Kukut; Bungin Sidum, wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK); Zuridah Jeragan, Pegawai Perhutanan Kota Belud; Norahmad Jumain, Pegawai Perhutanan Pitas.

Seramai 20 penduduk kampung serta 40 staf Pejabat Perhutanan Wilayah Kudat, Pejabat Perhutanan Daerah Kota Belud, Kudat, Kota Marudu dan Pitas telah menyertai aktiviti yang diadakan di perkarangan Pejabat Perhutanan Daerah Kota Belud.

Mereka telah menanam 90 pokok yang terdiri daripada laran (Neolamarckia cadamba) dan selangan batu (Shorea superba).

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my