Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS adakan aktiviti penanaman pokok di SK Mawar, Sandakan
diterbitkan pada 04 March 2023

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok bersama guru-guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Mawar, Sandakan pada 4 Mac 2023.

Program tersebut dirasmikan oleh Dr Dalmansa Tahir, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan. Turut hadir, Karim Abdul Samad, Ketua Komunikasi Korporat dan Inovasi JPS; Jurimin Ebin, Pegawai Perhutanan Wilayah Sandakan; Rosli Siki, Pegawai Perhutanan Daerah Sandakan; dan Rohayah Maidin, Guru Besar SK Mawar.

Seramai 30 guru dan 40 staf JPS menanam 70 pokok yang terdiri daripada belian (Eusideroxylon zwageri), 'trompet mawar' (Tabebuia rosea), durian (Durio zibethinus) dan rambutan (Nephelium lappaceum).

Karim memberi taklimat mengenai penggunaan Aplikasi Penghijauan Malaysia bagi melapor dan merekod pokok-pokok yang telah ditanam. Jurimin pula memberi taklimat berkaitan cara penanaman pokok yang betul.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my