Hak Cipta © 2023, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Komuniti setempat tanam pokok di Lower Kinabatangan Segama Wetlands
diterbitkan pada 02 March 2023

Seramai 106 komuniti setempat berhampiran dengan Lower Kinabatangan Segama Wetlands (LKSW) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 2 Mac 2023 sempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia (World Wetlands Day, WWD).

Para peserta terdiri daripada penduduk Kg. Mumiang, Kg. Bongun Besar dan Kg. Pitas Laut; staf Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Pejabat Perhutanan Daerah Kinabatangan, Sekolah Kebangsaan (SK) Bongun Besar, SK Mumiang dan SK Pitas; serta wakil daripada Kinabatangan Wetlands Resort dan Forever Sabah.

Aktiviti ini dirasmikan oleh Rosila Anthony, Ketua Bahagian Perancangan Sektor Hutan JPS dan sejumlah 100 pokok bintangor laut (Calophyllum inophyllum) berjaya ditanam.

Selain itu, lawatan ke Kg. Pitas Laut dan Kg. Mumiang turut diadakan untuk mengenali lebih dekat tentang kehidupan komuniti di sekitar kawasan HS berkenaan.

WWD disambut pada 2 Februari setiap tahun dan tema pada tahun ini, 'It's Time for Wetlands Restoration'. LKSW merupakan Tapak RAMSAR yang meliputi Hutan Simpan (HS) Trusan Kinabatangan, HS Hidupan Liar Kulamba, dan HS Kuala Segama dan Kuala Maruap.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my