Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Staf Pejabat Perhutanan Daerah Kinabatangan tanam pokok
diterbitkan pada 16 February 2023

Staf Pejabat Perhutanan Daerah Kinabatangan, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) sekali lagi mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 15-16 Februari 2023 di Hutan Simpan (HS) Gomantong dan perkarangan pejabat perhutanan tersebut.

Seramai 15 staf yang diketuai Pegawai Perhutanan Daerah Kinabatangan, Jamain Alias telah menanam 192 pokok ketapang (Terminalia catappa) di HS Gomantong serta 60 pokok kapur (Dryobalanops spp.), belian (Eusideroxylon zwageri) dan sentang (Azadirachta excelsa) di perkarangan pejabat perhutanan tersebut.

Pejabat Perhutanan Daerah Kinabatangan menyasarkan penanaman 3,000 pokok tahun ini bagi membantu JPS dalam mencapai sasaran penanaman pokok serta menyokong Program Penghijauan Malaysia.

Aktiviti penanaman sebelum ini diadakan pada 2 Februari 2023 lalu di HS Gomantong.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my