Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Longleat Forestry UK tanam pokok di HS Khazanah, Sandakan
diterbitkan pada 27 February 2023

Longleat Forestry, United Kingdom telah menyertai aktiviti penanaman pokok anjuran Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) di Hutan Simpan (HS) Khazanah, Sandakan pada 27 Februari 2023.

Aktiviti tersebut merupakan acara simbolik untuk memperingati lawatan Longleat Forestry ke Ibu Pejabat JPS serta menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Rombongan Longleat Forestry terdiri daripada empat pegawai yang diketuai Jim McConkie, Ketua Pemulihara Hutan (Head Forester). Mereka disambut Fadzil Yahya, Timbalan Ketua Konservator Hutan (Perancangan & Pengurusan) JPS yang mewakili Ketua Konservator Hutan.

Wakil-wakil Longleat Forestry menanam lima pokok spesies dipterokarp (Anthoshorea hypochra) dalam perkarangan Ibu Pejabat JPS yang terletak di HS Khazanah.

HS tersebut merupakan hutan simpan Kelas IV iaitu hutan simpan ameniti.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my