Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Kerjaya Property tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 11 February 2023

Kerjaya Property Sdn Bhd telah melaksanakan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 11 Februari 2023.

Seramai 20 staf yang diketuai Datin Toh Siew Chuon, Pengarah Urusan telah menghadiri aktiviti tersebut.

Hazlin Abd Rahim, Pembantu Penyelidik FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Mohd Nizam Achin, staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM memberi taklimat mengenai cara penanaman.

Menurut Toh, program sebegini amat penting bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan menanam pokok untuk menghijaukan bumi dan alam sekitar demi generasi akan datang.

Aktiviti ini juga menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sebanyak 20 pokok yang terdiri daripada nyatoh taban merah (Palaquium gutta), belian (Eusideroxylon zwageri), merantai rambai daun (Rubroshorea acuminata) dan merawan siput jantan (Hopea odorata) telah ditanam.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my