Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

TNG tanam pokok bawah kempen 'Mission GreenPossible'
diterbitkan pada 14 January 2023

Kumpulan Touch 'n Go (TNG) melalui TNG eWallet telah menjalankan aktiviti penanaman pokok pada 14 Januari 2023 bawah kempen 'Mission GreenPossible'.

Majlis penanaman pokok anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Huang berkata, "NRECC akan terus memberi sokongan dan galakan kepada mana-mana pihak yang berminat menjayakan Agenda Penghijauan Malaysia selaras dengan usaha untuk menerapkan kesedaran serta semangat cintakan khazanah sumber asli negara ini,"

"Inisiatif Kumpulan TNG sememangnya telah menyediakan platform kepada orang ramai untuk turut serta dalam usaha penanaman pokok dengan memberi sumbangan terus menerusi aplikasi TNG eWallet bagi menyokong kempen ini."

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato' Indera Mohd Ridza Awang; Yang Dipertua MPKj, Najmuddin Jemain; Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) YHM, Amin Abdullah; KPE TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni; serta Ketua Pegawai Pembangunan dan Strategi Touch 'n Go Sdn Bhd, Lum Joy Deng.

Sebanyak 1,000 pokok buah-buahan nadir ditanam di tapak seluas 1.4 ekar di Taman Tasik Cempaka, Bangi.

Pokok-pokok yang ditanam merupakan hasil sumbangan orang awam melalui aplikasi TNG eWallet dan QR, sumbangan korporat Kumpulan TNG serta sebahagian daripada hasil jualan kad Mission GreenPossible TNG yang direka khas.

Dilancarkan pada 26 Oktober 2022, kempen Mission GreenPossible: 100 Million Trees by 2025 bertujuan menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar melalui penanaman pokok di seluruh Malaysia.

Setiap derma yang diterima akan menyumbang ke arah pertumbuhan pokok maya yang boleh dilihat di 'microsite' kempen melalui aplikasi atau web. Apabila pertumbuhan pokok maya mencapai 100%, pokok-pokok sebenar akan ditanam oleh YHM secara berperingkat.

Inisiatif ini juga menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang mensasarkan penanaman 100 juta pokok menjelang 2025.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my