Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Menteri NRECC tanam pokok sempena Hari Denai Alam 2022
diterbitkan pada 17 December 2022

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YB Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyertai aktiviti penanaman pokok sempena perasmian program Hari Denai Alam 2022 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 17 Disember 2022.

Program yang bertemakan 'Melestarikan Alam' ini dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan UKM bawah 'Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok'. Yayasan Hijau Malaysia (YHM) juga merupakan rakan strategik.

Program ini melibatkan aktiviti penanaman pokok serta pembersihan di kawasan sekitar denai sungai yang dijalankan oleh para pelajar UKM dan Universiti Pendidikan Sultan Idris serta sukarelawan Persatuan Sahabat Sungai Malaysia (Friends of River Malaysia - FoRM), Koperasi UNIKEB Berhad dan Kursi Kelestarian UKM-YSD.

Turut hadir, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah; Presiden FoRM, Dato Seri Ir. Dr Zaini Ujang; dan Ketua Pegawai Eksekutif YHM, Amin Abdullah.

Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan inisiatif ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diktiraf oleh kerajaan untuk mengintegrasikan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SD) 2030 serta menyokong usaha Dekad Pemulihan Ekosistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2021-2030 atau United Nations Decade on Ecosystem Restoration.

Program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun mulai 2022 dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim, UKM dan YHM ini juga bertujuan menggalak dan meningkatkan penglibatan lebih 15,000 koperasi yang mempunyai 7.08 juta anggota di seluruh Malaysia dalam menyokong usaha penanaman semula sejuta pokok untuk memberI impak positif terhadap alam sekitar.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my