Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Staf Kewangan JPS, Perhutanan Kota Belud tanam pokok
diterbitkan pada 20 January 2023

Seramai 30 orang staf Bahagian Belanjawan dan Kewangan, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) bersama staf Pejabat Perhutanan Daerah Kota Belud telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 20 Januari 2023.

Aktiviti tersebut diadakan sempena lawatan muhibah bahagian yang diketuai Azmin Bekrin, Timbalan Ketua Bahagian ke Pejabat Perhutanan Daerah Kota Belud.

Turut hadir, Pegawai Perhutanan Daerah Kota Belud, Zuridah N. Jeragan; Ketua-ketua Unit Kewangan Wilayah Kudat, Sandakan, Tawau, Keningau dan Pusat Penyelidikan Perhutanan.

Azmin menanam pokok rambutan (Nephelium lappaceum) di perkarangan pejabat perhutanan tersebut sebagai acara simbolik bagi lawatan tersebut.

Para hadirin turut menanam 89 pokok di Hutan Simpan Ulu Kukut. Spesies-spesies yang ditanam terdiri daripada laran (Neolamarckia cadamba), kapur paji (Dryobalanops lanceolata), selangan batu (Shorea superba), durian (Durio spp.), rambutan dan tarap (Artocarpus odoratissimus).

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my