Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Staf Pejabat Perhutanan Lahad Datu tanam pokok di HS Silabukan
diterbitkan pada 20 January 2023

Staf Pejabat Perhutanan Daerah Lahad Datu, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Hutan Simpan (HS) Silabukan pada 19–20 Januari 2023.

Aktiviti yang merupakan siri ke-9 bagi tempoh 2021-2023 dijalankan oleh pejabat perhutanan tersebut disertai Osman H. Bangkong, Pegawai Perhutanan Daerah Lahad Datu, 15 staf yang lain serta empat wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat aktiviti tersebut.

Mereka telah menanam 400 pokok daripada spesies kapur (Dryobalanops spp.), seraya (Rubroshorea spp.) dan ketapang (Terminalia catappa) di kawasan seluas 1.5 hektar HS tersebut.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my