Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

KLBC tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 26 November 2022

Kuala Lumpur Business Club (KLBC) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 26 November 2022 sebagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kelab tersebut.

Seramai 18 peserta yang diketuai ahli lembaga KLBC, Dato' Dr Zaha Rina Zahari disambut oleh Saifulhazlin Abd Rahim, Pembantu Penyelidik FRIM yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan.

Menurut Zaha Rina, aktiviti sebegini penting untuk memberi pendedahan kepada peserta dan ahli-ahli kelab yang lain mengenai kepentingan menanam pokok bagi penghijauan bumi dan alam sekitar. Ia juga menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sebanyak 20 pokok yang terdiri daripada sentul paya (Sandoricum beccarianum), engkabang (Rubroshorea macrophylla), meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia), rambutan hutan (Nephelium sp.), bintangor laut (Calophyllum inophyllum), jambu bol (Syzygium malaccense), pelong licin (Pentaspadon motleyi) dan penaga lilin (Mesua ferrea) telah ditanam.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my