Hak Cipta © 2023, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Kolej Matrikulasi Kedah sokong Penghijauan Malaysia
diterbitkan pada 12 January 2023

Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malayia (FRIM) telah mengadakan program penanaman pokok di kampus KMK pada 12 Januari 2023 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Mohamad Salleh Ahmad, Pengarah KMK merasmikan penanaman pokok ini. Turut hadir, Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM; Mohamad Junaidi Abd Aziz, Timbalan Pengarah KMK; Mohd Sofiyuddin Salleh, Ketua Jabatan Sains; dan Azmi Abd. Rahman, Ketua Unit Biologi.

Pegawai Penyelidik FRIM, Tan Kok Kiat memberi penerangan tentang kepelbagaian spesies pokok dan kepentingannya di Malaysia manakala Azahari Mohd Yusoff, Penolong Pegawai Penyelidik Cawangan Pendidikan Alam Sekitar FRIM memberi taklimat cara-cara penjagaan pokok.

Program tersebut melibatkan 157 pelajar dan pensyarah KMK. Mereka telah menanam 41 pokok yang terdiri daripada spesies: merbau (Intsia palembanica), chengal (Neobalanocarpus heimii), bayur bukit (Schoutenia accrescens), kapur borneo (Dryobalanops rappa), mempari (Millettia pinnata), meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), keladan (Dryobalanops oblongifolia), meranti sengkawang merah (Rubroshorea singkawang), belian (Eusideroxylon zwageri), resak (Vatica pauciflora), kelumpang burung (Sterculia parviflora), mahogani (Swietenia macrophylla) dan kulim (Scorodocarpus borneensis).

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my