Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, Kolej MARA Kulim tanam pokok
diterbitkan pada 14 December 2022

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Kolej MARA Kulim, Kedah telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 14 Disember 2022 di kampus kolej tersebut.

Seramai lima staf Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM; dua kaunselor pelajar kolej tersebut iaitu Mohd Noorazmi Mohd Nordin dan Siti Mahfuzah Shahari @Abdullah bersama 24 pelajar telah menyertai aktiviti tersebut.

Program ini diadakan untuk bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai spesies-spesies pokok serta kepentingan menanam pokok untuk menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sebanyak 31 pokok telah ditanam di sekitar kawasan Kolej MARA Kulim.

Spesies-spesies yang ditanam terdiri daripada putat (Barringtonia racemosa); sungkai (Peronema canescens); meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii); engkabang burung (Rubroshorea mecistopteryx); maingaya (Maingaya malayana); beruas (Garcinia hombroniana); gajus (Anacardium occidentale); mata kuching Sarawak (Dimocarpus longan var malesianus); dan penaga lilin (Mesua ferrea).

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my