Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Kelab MTB FRIM tanam pokok di Selandar
diterbitkan pada 09 December 2022

Ahli-ahli Kelab Basikal Lasak (Mountain Bike, MTB) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM di Selandar (SPF Selandar), Melaka pada 9 Disember 2022.

Aktiviti yang disertai 20 ahli kelab tersebut diketuai presiden kelab, Dasrul Iskandar Darus yang juga merupakan Penyelaras SPF Selandar.

Dasrul menyampaikan taklimat mengenai stesen tersebut manakala Mahat Mohd Judin dan Muhammad Afizi Osman, Pengawas Hutan Silvikultur Ladang FRIM memberi panduan cara penanaman.

Sebanyak 30 pokok meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii) berjaya ditanam melalui aktiviti tersebut bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my