Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

99 Speedmart sokong Penghijauan Malaysia
diterbitkan pada 12 December 2022

99 Speedmart menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan menanam 1,500 pokok meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii) di Stesen Penyelidikan FRIM di Segamat (SPF Segamat), Johor.

Lee Thiam Wah, Pengarah Urusan 99 Speedmart telah menyampaikan cek berjumlah RM 500,000 kepada Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM pada 12 Disember 2022 sebagai sumbangan terhadap usaha penanaman pokok serta aktiviti-aktiviti penyelidikan yang berkenaan.

Acara penyerahan cek tersebut diadakan sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-35 99 Speedmart yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor. Selain FRIM, 99 Speedmart turut menyumbang RM1 juta kepada Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Yayasan Kanser Malaysia serta RM500,000 kepada Yayasan IJN.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Turut hadir, Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDN; dan Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang FRIM.

Penanaman 1,500 pokok di SPF Segamat telah dijalankan secara berperingkat mulai 9 November 2022. Sijil pengesahan penanaman ini diberikan kepada tetamu jemputan ke majlis tersebut sebagai tanda penghargaan 99 Speedmart kepada semua pihak berkepentingan serta rakan-rakan kerjasamanya.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my