Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, SATJB adakan bengkel ekopelancongan
diterbitkan pada 08 December 2022

FRIM dengan kerjasama Sahabat Alam Tampik Janda Baik (SATJB) telah menganjurkan Bengkel dan Sesi Libat Urus Peringkat Komuniti bagi Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan Program Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBET) Siri 2 pada 8 Disember 2022.

Program yang diadakan di Janda Baik, Pahang ini dirasmikan oleh YB Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Bentong. Turut hadir, YB Thomas Su Keong Siong, ADUN Ketari; Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM; Dr Mohd Rosli Haron, Pengarah Perancangan Penyelidikan; Liza Ismail, Pengarah Pentadbiran; Dr Sheena Bidin, Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM; dan Rohaimi Anuar, Pengerusi SATJB.

Seramai 81 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil pengusaha ekopelancongan sekitar Janda Baik serta komuniti Kuala Sat, Ulu Tembeling Pahang dan Kg Janda Baik terlibat dalam program tersebut.

Ismail, Young Syefura dan tetamu jemputan telah menanam enam pokok semasa perasmian iaitu merbau (Intsia palembanica), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), balau sengkawang ayer (Shorea sumatrana) dan sentul (Sandoricum koetjape) bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Young Syefura juga mengagihkan 100 anak pokok spesies merbau, meranti tembaga, balau sengkawang ayer, sentul, jambu bol (Syzygium malaccense), gajus (Anacardium occidentale), ceri terengganu (Lepisanthes alata), kasai (Pometia pinnata), mertajam (Lepisanthes rubiginosa) dan mangga (Mangifera indica) kepada wakil komuniti dan pengusaha ekopelancongan di Janda Baik untuk ditanam di kawasan masing-masing.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my