Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM adakan Kem Biodiversiti Perlis
diterbitkan pada 11 November 2022

FRIM telah mengadakan Kem Biodiversiti Peringkat Negeri Perlis Siri 2/2022 pada 8-10 November lalu di Bukit Ayer, Perlis.

Kem disertai 40 pelajar tingkatan dua dan guru pengiring daripada SMK Dato' Sheikh Ahmad, SMK Putra, SMK Agama Arau dan SMK Dato Ali Ahmad.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan sumber biodiversiti negara dalam kalangan generasi muda.

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar Perlis (MPK) merupakan agensi kerjasama kem tersebut.

Pengisian program ini merangkumi ceramah alam, aktiviti lapangan, perbincangan kumpulan dan aktiviti interaktif seperti permainan alam dan 'role play'.

Para pelajar juga menanam pokok kulim (Scorodocarpus borneensis) dan belian (Eusideroxylon zwageri) di Stesyen Penyelidikan FRIM di Mata Ayer untuk menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Majlis penutup kem disempurnakan oleh Iswani Ismail, Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPN Perlis dan Nik Azyyati Abdul Kadir, Ketua Cawangan Pendidikan Alam Sekitar (EE) FRIM.

Kem ini merupakan salah satu aktiviti projek RMK-12, iaitu 'Kajian Keberkesanan Penyampaian Maklumat mengenai Biodiversiti'. Siri pertama kem diadakan pada Jun 2022 manakala Kem Biodiversiti dalam talian dilaksanakan pada 2021.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my