Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

UMS tanam 250 pokok di HS Similajau
diterbitkan pada 09 December 2022

Seramai 26 pelajar dan staf Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menanam 250 pokok di Hutan Simpan (HS) Similajau pada 9 Disember 2022.

Rombongan UMS yang diketuai pensyarah, Musri Ismensyah menjalankan aktiviti tersebut sempena lawatan ke Pejabat Hutan Wilayah Bintulu.

Mereka diberikan taklimat mengenai Program Penghijauan Malaysia dan Greening Sarawak oleh Michael Ngelai, Pegawai Hutan Wilayah Bintulu.

Para pelajar juga diberi pendedahan tentang inisiatif JHS dalam pemuliharaan dan pemeliharaan hutan serta usaha untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan dan negeri.

Mereka turut melawat dan menanam pokok di HS Similajau yang terletak kira-kira satu jam dari pusat bandar Bintulu. Spesies-spesies yang ditanam ialah belian (Eusideroxylon zwageri), meranti lang (Rubroshorea elliptica), dabai (Canarium odontophyllum), gaharu (Aquilaria beccariana), nyatoh (Palaqium sp.), geronggang (Cratoxylum arborescens) dan selangan batu pinang (Shorea havilandii).

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my