Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS semai 5,020 anak pokok bakau di Kabong
diterbitkan pada 10 December 2022

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menyemai 5,020 anak pokok bakau spesies bakau kurap (Rhizophora mucronata) dan bakau minyak (Rhizophora apiculata) di tapak semaian bakau di Daerah Kabong, Sarikei, Sarawak.

Anak-anak pokok yang dikutip oleh staf JHS di Hutan Simpan Sarawak Mangrove, Daerah Lundu, Kuching selama 18 hari, mulai 22 November sehingga 10 Disember 2022.

Kutipan secara 'wildings' ini dijalankan sebagai persediaan untuk aktiviti penanaman yang akan dilaksanakan pada tahun 2023. Aktiviti ini merupakan usaha berterusan JHS bagi memastikan kawasan pesisiran pantai sentiasa dilindungi daripada hakisan ombak.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan litupan berhutan (forest cover) Sarawak yang turut menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia dan Greening Sarawak.

Sehingga kini, Sarawak telah mencatatkan jumlah penanaman pokok yang tertinggi dengan 15,788,248 pokok ditanam sejak pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada 2021.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my