Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Perak kekal capai sasaran tanam 2 juta pokok setahun
diterbitkan pada 12 December 2022

Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menganjurkan Program Penghijauan Malaysia: Majlis Penanaman Pokok Ke 2 Juta pada 12 Disember 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Program yang dirasmikan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ini turut dihadiri YB Dato' Azmir Shah Zainal Abidin, Penasihat Undang-undang Negeri; YB Tuan Mohd Zaki Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri; Dato’ Indera Mohd Ridza Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Dato’ Mohamed Zin Yusop, Pengarah Perhutanan Negeri Perak.

Sebanyak tiga pokok ditanam iaitu pokok merbau (Intsia palembanica), pokok ipoh (Antiaris toxicaria) dan pokok pulai (Alstonia angustiloba) sempena program ini.

Setiap tetamu juga dibekalkan dengan pokok manggis (Garcinia mangostana) seiring dengan inisiatif 'Seorang Rakyat, Sepohon Pokok' dalam usaha memupuk kesedaran kepentingan penanaman pokok dan mencintai alam sekitar terutamanya hutan.

Penganjuran program ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Perak mencapai sasaran penanaman dua juta pokok setahun atau 10 juta pokok bagi tempoh lima tahun sehingga 2025 untuk menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang bermula pada tahun 2021.

Program ini juga merupakan sebahagian daripada Inisiatif Greenprint untuk menangani isu perubahan iklim melalui penanaman pokok di seluruh negeri Perak.

Inisiatif Greenprint dirangka khusus untuk membangunkan pelan induk bagi memasikan pembangunan yang seimbang di negeri Perak selari dengan Rancangan Struktur Negeri (RSN). Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan RM48.8 juta untuk menjayakan pelaksanaan inisiatif ini.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my