Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Sarawak Energy Berhad, JHS tanam 1,127 pokok
diterbitkan pada 03 December 2022

Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menanam 1,127 pokok pelbagai spesies asli (indigenous) di Pusat Restorasi Lanskap Hutan, Hutan Simpan Sabal, Simunjan pada 3 Disember 2022.

Spesies yang ditanam merangkumi kapur bukit (Dryobalanops beccarii), meranti lang (Rubroshorea elliptica), bintangor putih (Calophyllum lowei), meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia), lun daun tebal (Richetia subcylindrica) dan selangan batu pinang (Shorea havilandii).

Seramai 150 peserta termasuk Marconi Madai, Naib Presiden Kanan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar SEB dan Zarina Shebli, Penolong Pengarah Hutan JHS serta staf JHS, SEB dan komuniti setempat telah terlibat dalam aktiviti tersebut.

Aktiviti tersebut merupakan inisiatif SEB bawah program 'Sarawak Energy Corporate Level Integrated 10-Year Tree Planting, Protection and Habitat Restoration Campaign 2021-2030' yang menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan 'Greening Sarawak'.

Kerjasama strategik SEB-JHS menunjukkan komitmen pihak pengurusan SEB dalam aktiviti-aktiviti pemuliharaan biodiversiti dan alam sekitar.

JHS sedang giat mempromosikan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan 'Greening Sarawak' di sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, jabatan serta agensi kerajaan di seluruh Sarawak bagi mempertingkatkan penglibatan seluruh masyarakat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my