Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

IPG Sarawak tanam 300 pokok
diterbitkan pada 02 December 2022

Institut Perguruan (IPG) Kampus Sarawak, Miri telah mengadakan program penanaman pokok dengan kerjasama Jabatan Hutan Wilayah Miri, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) pada 2 Disember 2022.

Sebanyak 300 pokok spesies kapur bukit (Dryobalanops beccarii) dan bintangor putih (Calophyllum lowei) telah ditanam oleh 50 peserta yang terdiri daripada para pengajar, staf pejabat hutan berkenaan serta pelajar di sekitar perkarangan kampus IPG tersebut.

Program tersebut diadakan bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan Greening Sarawak.

Asan Odau, Pegawai Hutan Wilayah Miri berkata penglibatan agensi seperti IPG dalam aktiviti penanaman pokok penting bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Beliau juga berharap agar kerjasama kedua-dua agensi ini dapat diteruskan pada masa depan dalam usaha untuk menghijaukan lagi negeri Sarawak, terutamanya dengan menanam semula spesies pokok asli (indigenous).

Mohamad Zailani Jaya, Pengarah IPG Kampus Sarawak berkata bakal pengajar perlu didedahkan mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar agar minat dan budaya cintakan alam sekitar dapat diterapkan dalam kalangan murid-murid mereka nanti.

Turut hadir, Dr Chin Peng Yee, Timbalan Pengarah IPG Kampus Sarawak.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my