Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Avisena Healthcare tanam 80 pokok
diterbitkan pada 03 December 2022

Avisena Healthcare Sdn. Bhd. (Avisena) telah menanam 80 anak pokok di sekitar Taman Eko Rimba Sungai Sendat sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di sekitar Taman Rimba Sungai Sendat pada 3 Disember 2022.

Taman tersebut terletak di dalam Hutan Simpan (HS) Batang Kali, daerah Hulu Selangor. Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada pelbagai spesies balak termasuk tualang (Koompassia excelsa), merawan siput jantan (Hopea odorata), kapur (Dryobalanops aromatica), meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii) dan kelat jambu laut (Syzygium grande).

Program CSR ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor, selaras dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilancarkan Kerajaan Malaysia bermula 2021 hingga 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Avisena, Elina Nadia Omar berkata Taman Eko Rimba Sungai Sendat dipilih kerana ia merupakan kawasan tarikan ekopelancongan yang terletak di dalam Hutan Simpan Kekal.

"Sebagai sebuah kumpulan syarikat penjagaan kesihatan, program penjagaan alam sekitar untuk masa depan yang lebih hijau amat penting bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menanam pokok untuk kelestarian dan membantu meningkatkan ekosistem yang mampan," katanya.

Seramai 60 sukarelawan Avisena yang terdiri daripada para doktor, jururawat dan ahli-ahli farmasi terlibat dalam menjayakan program ini. Turut hadir, Pegawai Perhutanan Daerah Hulu Selangor, Zulkurnain Zakaria.

Para peserta juga memperindahkan kawasan taman ekorimba tersebut dengan menambah tong sampah kitar semula dan mengecat pondok sedia ada, selain menyumbang peralatan seperti mesin penyapu daun kering.

Sumber: Avisena Healthcare Sdn. Bhd.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my