Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Komuniti Setiu tanam pokok, sambut Hari Tanah Sedunia
diterbitkan pada 30 November 2022

Seramai 16 wakil komuniti Setiu, Terengganu telah menyertai aktiviti penanaman pokok sempena di Stesen Penyelidikan FRIM Setiu (SPF Setiu) pada 30 November 2022 sempena sambutan Hari Tanah Sedunia (World Soil Day).

Mereka terdiri daripada wakil-wakil Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bari Besar, Kampung Bari Kecil, Kampung Taman Hijrah, Majlis Daerah Setiu dan Terengganu Silica Consortium.

Sambutan Hari Tanah Sedunia setiap 5 Disember yang bertemakan, 'Soil: Where Food begins' tahun ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengekalkan ekosistem yang sihat, mengurus tanah dengan baik serta kesihatan tanah.

Sebanyak 225 pokok cucur atap (Baeckea frutescens), iaitu spesies herba biasa dijumpai di kawasan tanah 'Beach Ridges Interspersed with Swales' (BRIS) yang mengandungi sebatian bioaktif kesihatan, Berjaya ditanam bagi aktiviti anjuran Cawangan Pengurusan Tanah, Program Hutan Ladang FRIM ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Tanah, ChM Rozita Ahmad menyampaikan ucapan mengenai aktiviti penyelidikan yang dijalankan di SPF Setiu manakala Penyelaras SPF, Mohamad Fakhri Ishak memberi taklimat cara penanaman pokok.

Aktiviti ini menymbang kepada usaha Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Media tanaman organik iaitu kompos dan biochar yang digunakan merupakan hasil kajian SPF Setiu yang didapati sesuai bagi penanaman dan pemuliharaan tanah BRIS yang mempunyai kandungan pasir yang tinggi.

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my