Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

AFFIN Bank tanam pokok di SPF Selandar
diterbitkan pada 24 November 2022

Affin Bank telah mengadakan program penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) di Selandar, Melaka pada 24 November 2022.

Turut hadir, Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM; Dato' Agil Natt, Pengerusi Affin Bank; dan isteri, Datin Sharifah Fatmah; Noor Azmi Said, Pengerusi FRIM Incorporated Sdn Bhd (FRIM Inc); Wan Jusaini Rizal Nasrudin, Ketua Pegawai Eksekutif FRIM Inc; Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang FRIM.

Seramai 70 peserta program telah menanam 500 anak pokok yang terdiri daripada kapur (Dryobalanops aromatica), balau sengkawang ayer (Shorea sumatrana), meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), keladan (Dryobalanops oblongifolia), balau pasir (Shorea materialis) dan Eucalyptus pellita.

Aktiviti tersebut menyumbang kepada 'Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok' (2021-2025).

Kini, lebih 48 juta pokok dari 1,372 spesies telah ditanam di seluruh negara.

Program Penghijauan Malaysia merupakan salah satu daripada agenda nasional bagi mengatasi isu perubahan iklim serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Pelaksanaan kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.

FRIM memberi sumbangan kepada kempen ini melalui pembangunan kandungan laman web Penghijauan Malaysia selain membuat verifikasi pokok-pokok yang ditanam oleh pihak individu serta membantu menguruskan program-program penanaman pokok oleh pihak awam dan industri.

FRIM telah menetapkan sasaran menanam 100 ribu pokok dan kini telah menanam 42,008 batang pokok.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my