Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

SMK Seri Cahaya Shah Alam tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 17 November 2022

Seramai 34 pelajar dan tiga guru daripada SMK Seri Cahaya Shah Alam telah melaksanakan program penanaman pokok di FRIM, Kepong pada 17 November 2022.

Kumpulan sukarelawan yang diketuai Shariza Yob, guru penyelaras Projek Khidmat Sosial sekolah tersebut telah menanam 20 pokok sumbangan Kumpulan Perbankan RHB (RHB Bank Berhad).

Spesies-spesies yang ditanam terdiri daripada resak daun panjang (Vatica nitens), merawan meranti (Hopea sulcata), jambu bol (Syzygium malaccense), mersawa gajah (Anisoptera scaphula), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula) dan meranti kepong (Rubroshorea ovalis).

Mohd Nizam Achin, Pembantu Penyelidik Cawangan Pengurusan Hutan FRIM menyampaikan taklimat cara penanaman.

Menurut Shariza, pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang terlibat berasa amat bertuah kerana dapat melaksanakan program khidmat masyarakat di FRIM.

Program sebegini penting sebagai pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan menanam pokok untuk penghijauan bumi dan alam sekitar terutamanya bagi sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my