Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM, MPKK kaji nilai kawasan hijau bandar
diterbitkan pada 16 November 2022

FRIM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menganjurkan Bengkel Kajian Penilaian Kawasan Hijau Bandar untuk Pengurusan Bersepadu ke Arah Kesejahteraan Masyarakat pada 15-16 November 2022 di Kulim, Kedah.

Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM merasmikan bengkel tersebut. Turut hadir, Dr Nadzman Mustaffa, Yang Dipertua MPKK. Mereka menanam sebatang pokok tualang (Koompassia excelsa) dan karas (Aquilaria malaccensis) di Taman Tasik Putra, Kulim sebagai acara simbolik bagi kerjasama FRIM-MPKK.

Para hadirin turut menanam 20 pokok daripada lima spesies termasuk tualang, karas, hujan-hujan (Albizia saman), meranti nemesu (Rubroshorea pauciflora) dan keranji (Dialium indum) bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Bengkel tersebut bertujuan menyampaikan hasil kajian penilaian faedah kawasan hijau yang dijalankan oleh FRIM di Taman Tasik Putra serta menyediakan platform perbincangan mengenai pengurusan dan pemuliharaan kawasan hijau dan mewujudkan jalinan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan.

Seramai 30 peserta daripada MPKK, Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah (JKR Kedah), Pejabat Pertanian Daerah Kulim, UniKL Malaysian Spanish Institute, Kolej Komuniti Kulim, Kulim Industrial Tenants Association (KITA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pejabat Pendidikan Daerah Kulim dan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kulim (AADK) telah menghadiri bengkel ini.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my