Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

UNIMAS, JMA, Takasago Thermal Engineering, JHS tanam 2,500 pokok
diterbitkan pada 26 November 2022

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Japan-Malaysia Association (JMA), Takasago Thermal Engineering dan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah mengadakan program penamanan 2,500 pokok pada 26 November 2022 di UNIMAS, Kota Samarahan.

Program tersebut merupakan inisiatif 'Takasago-UNIMAS Educational Forest' dengan kerjasama JMA, Takasago Thermal Engineering dan JHS. Inisiatif yang dimulakan pada 2018 ini menyasarkan penanaman 20,000 pokok pelbagai spesies asli (indigenous) menjelang 2023.

Seramai 120 peserta telah menghadiri program yang dianjurkan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FRST) UNIMAS di sekitar kawasan Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub.

Mereka telah menanam spesies-spesies bintangor putih (Calophyllum lowei), bintangor laut (Calophyllum inophyllum), gaharu (Aquilaria beccariana), kumpang (Myristica iners), ubah (Syzygium sp.) dan beberapa buah tempatan.

JHS menyumbangkan 2,000 anak pokok manakala 500 lagi merupakan anak pokok semaian tapak semaian fakulti tersebut.

Prof. Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS berkata, "Selain menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan Greening Sarawak, program 'Educational Forest' juga membantu mengurangkan pelepasan karbon di sekitar kawasan kampus."

Program ini juga memberi peluang dan pendedahan khususnya kepada para pelajar untuk mengenali spesies-spesies pokok asli yang terdapat di Sarawak.

Turut hadir, Tadashi Sato, Pengarah Urusan Takasago Thermal Engineering (Malaysia); Prof. Dr Hamsawi Sani dan Kazue Sakai, wakil JMA; Prof. Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS; Zarina Shebli, Penolong Pengarah Hutan JHS; dan Prof. Madya Dr Samsur Mohamad, Dekan FRST serta pegawai-pegawai kanan JHS dan pelajar UNIMAS.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my