Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

TM, YHM, UPM tanam 1,900 pokok di HS Ayer Hitam
diterbitkan pada 22 November 2022

Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menanam 1,900 pokok hutan pada Program Kelestarian Hari Esok TM: Kempen Penanaman Pokok Sempena Penghijauan Malaysia di Hutan Simpan (HS) Ayer Hitam, Puchong pada 22 November 2022.

Pokok-pokok yang ditanam termasuk merbau (Intsia palembanica), meranti rambai daun (Shorea acuminata), damar minyak (Agathis borneensis), merpauh periang (Swintonia schwenkii), rambai (Baccaurea motleyana), kelat (Syzygium myrtifolium) dan nyatoh taban merah (Palaquium gutta).

Program juga disertai sukarelawan Kelab TM daripada Surau Menara TM dan Terianita yang bersemangat menanam pokok.

Program tersebut telah dilancarkan pada 16 Julai 2022 di Sultan Idris Shah Forest Education Center (SISFEC), Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Di bawah inisiatif ini, pihak TM akan menanam sejumlah 5,120 pokok dengan kolaborasi YHM bagi menyokong pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Program yang sama juga telah diadakan dengan kerjasama YHM dan Universiti Multimedia (MMU) pada 18 Oktober 2022 dengan penanaman 120 pokok nadir di MMU Kampus Cyberjaya.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my