Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPS, WWF-UK, WWF-MY adakan program tanam pokok
diterbitkan pada 11 November 2022

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) bersama dengan World Wide Fund United Kingdom (WWF-UK) dan WWF Malaysia (WWF-MY) telah mengadakan program penanaman pokok di Hutan Simpan (HS) Mt. Wullersdorf, Kunak pada 11 November 2022.

Program tersebut diadakan sempena perasmian kerjasama antara JPS dan WWF, iaitu 'Mt. Wullersdorf Corridor Restoration Project'.

Projek tersebut bertujuan memulihkan 150 hektar hutan yang tersorot dan mewujud semula koridor hutan yang menghubungkan HS Mt. Wullersdorf dengan HS Ulu Kalumpang.

Program penanaman ini dihadiri oleh Ketua Eksekutif WWF-UK, Tanya Margaret Anne Steele; Ketua Pegawai Operasi WWF-UK, Cathering Emma Jane McDonald; Pengarah Nature Based Solution WWF-UK, William Baldwin-Cantello; Pengarah Eksekutif WWF-MY, Sophia Lim; Pengarah Pemuliharaan WWF-MY, Dr Henry Chan; Penasihat Kanan WWF-MY, Dr Glyn Davies; Ketua Pemuliharaan WWF-MY, Dr Robecca Jumin; Ketua Program Landskap Sabah WWF-MY, Dr Faisal Mohd Noor serta Pengurus, Penglibatan Perniagaan dan Industri WWF-MY, Maxentius Donysius.

Turut hadir, Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan dan Pembangunan) JPS, Dr Robert Ong; Pegawai Khas Ketua Konservator Hutan, Petin Kilou; Pegawai Perhutanan Daerah Kunak, Adrian Rawleness, pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Perhutanan Wilayah Tawau dan Pejabat Perhutanan Daerah Kunak.

Seramai 50 peserta menanam 20 pokok yang terdiri daripada spesies laran (Neolamarckia cadamba) dan talisai (Terminalia copelandii).

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my