Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS, i-CATS adakan program tanam pokok
diterbitkan pada 01 October 2022

Pejabat Hutan Wilayah Kuching, Jabatan Hutan Sarawak bersama i-CATS University College, Kuching telah mengadakan program penanaman pokok di Hutan Simpan (HS) 'Sarawak Mangrove', Telaga Air pada 1 Oktober 2022.

Sebanyak 1,005 pokok bakau rhu (Casuarina equisetifolia) berjaya ditanam di sekitar HS tersebut oleh seramai 100 peserta yang terdiri daripada para pensyarah, kakitangan dan pelajar i-CATS serta staf pejabat hutan berkenaan.

Sehingga kini, Pejabat Hutan Wilayah Kuching telah mempergiatkan aktiviti penanaman di sekitar Kuching terutamanya di kawasan HS yang terosot dengan kerjasama pelbagai agensi, badan korporat, insititusi pendidikan awam dan swasta.

Turut hadir, Prof. Madya Dr Leo Sing Lim, Timbalan Naib Canselor (Akademik) i-CATS dan Jonny anak Ujeng, Pegawai Hutan Wilayah Kuching.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my