Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

NREB, Petronas anjur program kesedaran alam sekitar di Miri
diterbitkan pada 14 October 2022

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Petronas telah menganjurkan Program Kesedaran Alam Sekitar pada 14 Oktober 2022 di Batu 1 Jalan Lutong-Kuala Baram, Miri.

Program yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Majlis Bandaraya Miri (MBM) serta Lembaga Sungai-Sungai Sarawak tersebut dirasmikan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak.

Sebanyak 500 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) ditanam pada sepanjang program yang disertai 42 wakil daripada pelbagai agensi yang terlibat termasuk staf Petronas dan komuniti setempat.

Program tersebut merupakan inisiatif agensi-agensi di bawah kerajaan negeri, badan korporat serta pihak komuniti dalam memelihara kawasan hutan bakau melalui Mangrove Rehabilitation Programme.

Turut hadir, Asan Odau, Pegawai Hutan Wilayah Miri; Paul Bond Ferdinand Chamberlin, Timbalan Kontroller Kualiti Alam Sekitar Sarawak; Anuar Ismail, Pengurus Besar Kanan, Petronas Carigali Sdn. Bhd.; Mohd Yusuf Sulaiman, Ketua Kampung, Kampung Batu 1.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my