Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Orang Asli tanam pokok di SPF Maran
diterbitkan pada 06 October 2022

Seramai 15 orang peserta Orang Asli daripada subetnik Semai telah menyertai aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Maran (SPF Maran), Pahang pada 6 Oktober 2022.

'Program Outreach Orang Asli Suku Kaum Semai bersama FRIM' tersebut telah dirasmikan oleh Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM dan turut disertai oleh 50 staf FRIM.

Sebanyak 200 pokok UGG004 daripada famili Leguminosae ditanam. Spesies tersebut digunakan secara tradisi oleh Orang Asli subetnik Semai Kampung Ulu Geroh, Gopeng, Perak untuk merawat kegatalan dan kudis.

Kajian dan analisis makmal oleh kumpulan penyelidik Pengetahuan Tradisi (TK) FRIM di bawah projek Pendokumentasian TK Orang Asli di Semenanjung Malaysia mendapati spesies tersebut berkesan untuk perubatan (anti-radang) dan boleh dikomersialkan.

SPF Maran menempatkan germplasma Projek Pengetahuan Tradisi FRIM selain menyediakan plot penyelidikan bagi ladang perintis spesies UGG004 serta spesies ABP016.

Para peserta turut mengadakan menyaksikan demontrasi pemprosesan sampel UGG004 di Pusat Pemprosesan Pasca Tuai stesen tersebut.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my