Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Guru sekolah belajar penghasilan bahan tanaman
diterbitkan pada 21 October 2022

Seramai 23 guru sekolah telah menghadiri Bengkel Penghasilan dan Penyelenggaraan Bahan Tanaman di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 20-21 Oktober 2022.

Bengkel anjuran Cawangan Pengeluaran Bahan Tanaman (PBT) ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bioteknologi Perhutanan, Dr Mohd Zaki Abdullah. Ia bertujuan meningkatkan kemahiran untuk penghasilan bahan tanaman di sekolah masing-masing bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Peserta bengkel terdiri daripada guru-guru sekolah: SK Kepong, SK Selayang Jaya, SK Taman Ehsan, SK Bandar Baru Selayang, SK Selayang Baru, SJKC Selayang Baru, SJKC Desa Jaya, SMK Kepong, SMK Hulu Kelang, SBPI Rawang, SBPI Gombak, SMK Taman Selayang, SMK Ideal Heights, SMK Seri Selayang, SMK Selayang Baru, SK Taman Prima Selayang, SK (1) Taman Selayang, SMKA Dato' Haji Abu Hassan, Kolej Vokasional Sepang dan SMK Taman Ehsan.

Bengkel tersebut merupakan output yang disasarkan bawah RMKe-12 melalui pemindahan teknologi yang dapat memberi impak kepada masyarakat dan negara.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my