Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Petronas Carigali Sdn Bhd lestari alam sekitar
diterbitkan pada 29 October 2022

Petronas Carigali Sdn Bhd telah melaksanakan program penanaman pokok di Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 29 Oktober 2022.

Seramai 80 staf yang diketuai Mohd Redhani Abdul Rahman, Naib Presiden Exploration disambut oleh Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad, Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM.

"Sebagai sebuah syarikat korporat minyak dan gas di Malaysia, program menjaga alam sekitar untuk masa depan yang lebih hijau amat penting bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menanam pokok untuk tujuan kelestarian dan ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR)," kata Mohd Redhani.

"Selain itu, aktiviti ini dijalankan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok," tambah beliau.

Sebanyak 80 pokok seperti penaga lilin (Mesua ferrea), balau laut (Shorea glauca), balau sengkawang ayer (Shorea sumatrana), kasai (Pometia pinnata), karas (Aquilaria malaccensis), machang hutan (Mangifera orophila), merbau (Intsia palembanica), meranti seraya (Shorea curtisii), Meranti tembaga (Shorea leprosula), tualang (Koompassia excelsa), meranti melantai (Shorea macroptera), meranti temak nipis (Shorea roxburghii) dan keladan (Dryobalanops oblongifolia) telah berjaya ditanam.

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my