Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok di Jalan Balau
diterbitkan pada 03 November 2022

Bahagian Biodiversiti Hutan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan aktiviti penanaman 16 batang pokok daripada kumpulan balau, iaitu sebatang balau sengkawang ayer (Shorea sumatrana) dan 15 batang balau pasir (Shorea materialis) di Jalan Balau FRIM pada 3 November 2022.

Aktiviti yang melibatkan 41 staf bahagian dan diketuai pengarahnya, Dr Lillian Chua tersebut dijalankan bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta pokok.

Chua menasihatkan staf agar menyumbang tenaga dan menunjukkan usaha menanam pokok bukan hanya dalam FRIM tetapi juga di tempat lain.

Balau sengkawang ayer berstatus Hampir Terancam (Near Threatened) manakala balau pasir merupakan spesies Terancam (Endangered) dalam Senarai Merah Tumbuhan Malaysia (Malaysia Plant Red List).

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my