Hak Cipta © 2022, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS anjur program CEPA di SK Kuala Muput
diterbitkan pada 08 November 2022

Pejabat Hutan Wilayah Bintulu, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah mengadakan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) berkenaan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di SK Kuala Muput, Tatau, Bintulu pada 8 November 2022.

Program dirasmikan oleh Tony anak Adup, Guru Besar SK Kuala Muput tersebut merangkumi aktiviti penanaman pokok dan melibatkan 76 peserta termasuk para pengajar, murid-murid dan kakitangan Pejabat Hutan Wilayah Bintulu.

Turut hadir, Alexander anak Thomas bagi mewakili pejabat hutan tersebut.

Sebanyak 65 anak pokok daripada pelbagai spesies seperti pokok dabai (Canarium odontophyllum), ensurai (Dipterocarpus oblongifolius), doa (Terminalia molinetii), keranji madu (Dialium indum), durian hutan (Durio zibethinus), durian isu (Durio oxleyanus), petai (Parkia speciosa) serta kopi (Coffea liberica) ditanam di perkarangan sekolah.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello@100jutapokok.gov.my