Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Flex Johor anjur program CSER, tanam pokok di Sireh Park
diterbitkan pada 20 October 2022

Flex Johor dengan kerjasama The Nusajaya Natural Heritage Trust telah menganjurkan program Nature Walk @ SIREH Park termasuk penanaman pokok pada 11 September dan 20 Oktober 2022 sebagai sebahagian daripada usaha Corporate Social and Environmental Responsibility (CSER).

Program ini bertujuan menjayakan agenda Penghijauan Malaysia dengan menanam sebahagian daripada 100 juta pokok di seluruh negara menjelang tahun 2025.

Program yang diadakan di SIREH Park, Iskandar Puteri, Johor ini melibatkan 40 peserta (sesi pertama) dan 30 peserta (sesi kedua) yang terdiri daripada kakitangan Flex Johor serta Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sebanyak 70 pokok yang terdiri daripada pokok kapur, terap, rambai, tampoi, kiat, sentul, berangan, merbau, kasai dan jambu bol berjaya ditanam. Para peserta juga diberi peluang untuk mendaftarkan pokok yang ditanam menerusi applikasi GeoTrees di telefon pintar masing-masing.

Menerusi applikasi ini, para peserta dapat mengikuti perkembangan dan pertumbuhan pokok yang ditanam. Pada sesi pertama, kesemua peserta turut menjalankan aktiviti plogging di sekitar kawasan SIREH Park dan berjaya mengumpul 10 kg sampah.

Sumber: The Nusajaya Natural Heritage Trust

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my