Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Asia Aquaculture tanam pokok di persisir pantai Wakuba, Tawau
diterbitkan pada 01 November 2022

Syarikat Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd. telah menjalankan program tanggungjawab sosial (CSR) penanaman pokok bakau di persisir Pantai Wakuba dalam kawasan hutan simpan bakau, Tawau pada 1 November 2022.

Program CSR ini merupakan hasil kerjasama antara Asia Aquaculture, Politeknik Sandakan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) melalui Pejabat Perhutanan Wilayah Tawau.

Program tersebut dirasmikan oleh Pegawai Perhutanan Wilayah Tawau, Sofiean Mohd. Saibi yang mewakili Ketua Konservator Hutan dan turut hadir, Naib Presiden Kanan Asia Aquaculture, Sunthorn Chuanklin; Pegawai Perhutanan Daerah Tawau, Mohd Arapa Lamuda; Ketua Jabatan Sokongan Akademik Politeknik Sandakan Sabah, Saiful Fadhli Maidin; Ketua Kampung Wakuba, Ahmad Hasim; empat (4) pensyarah dan 34 pelajar Politeknik Sandakan; serta kakitangan Pejabat Perhutanan Wilayah Tawau dan Pejabat Perhutanan Daerah Tawau.

Sebanyak 500 anak pokok spesies bakau kurap (Rhizophora mucronata) dan bakau api-api (Avicennia sp.) berjaya ditanam kali ini. Program tersebut akan diteruskan oleh Asia Aquaculture dengan sasaran 100,000 pokok mulai 2020 sehingga 2030. Pada tahun hadapan, syarikat tersebut menyasarkan penanaman sebanyak 700 pokok bakau.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my