Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pandu Puteri tanam pokok sempena International Girls' Summit 2022
diterbitkan pada 28 October 2022

Ahli-ahli Pandu Puteri dan pegawai Pandu Puteri dari Malaysia, Singapura, Filipina, Sri Lanka, Kemboja dan Maldives telah menanam pokok sempena International Girls' Summit 2022 bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) pada 28 Oktober 2022.

Kehadiran seramai 250 ahli Pandu Puteri dan pegawai Pandu Puteri di JPS bertujuan mendapatkan Forest Challenge Badge sempena International Girls’ Summit 2022.

Sebagai sebahagian daripada kriteria untuk mendapatkan lencana tersebut, pihak JPS memberi ceramah kepada mereka mengenai kepentingan hutan. Selain itu, mereka juga berkesempatan melawat Rainforest Discovery Centre, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Pusat Pemuliharaan Sun Bear Borneo.

Untuk mengakhiri program tersebut, majlis penanaman pokok bagi menyokong Kempen Penanaman 100 juta Pokok telah diadakan di Girl Guides Wilderness Park, Sandakan dengan dirasmikan oleh Datuk Frederick Kugan, Ketua Konservator Hutan Sabah.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato' Jayadhevi Subramaniam; Pengerusi World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGS), Chempaka Emalin Pahamin; Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah, Kartini Datuk Ariff; Timbalan-timbalan Ketua Konservator Hutan; Ketua-ketua Bahagian Ibu Pejabat JPS serta kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Sandakan.

Sebanyak 205 pokok kapur (Dryobalanops aromatica) telah ditanam semasa program tersebut.

Sumber: Jabatan Perhutanan Sabah

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my